Tuesday 22 November 2011

Faktor yang mempengaruhi Luluhawa

  1. Struktur batuan
  2. kandungan batuan
  3. iklim
  4. topografi
  5. tumbuhan
Struktur batuan
  • batuan yang mengandungi banyak retakan akan terluluhawa lebih pantas berbanding dengan batuan sejenis yang kurang bilangan retakannya.
  • Kehadiran retakan memberi permukaan yang lebih luas untuk proses luluhawa berlaku.
  • retakan dapat memudahkan air untuk memasuki dan meresap ke dalam badan batuan.
  • Satah perlapisan memudahkan lagi laluan air. eg: lapisan yang condong dan tegak lebih mudah dimasuki air berbanding dengan lapisan yang mendatar.
Kandungan batuan
  • Batuan yang berbeza cara pembentukannya mempengaruhi kadar luluhawa untuk berlaku .Eg: batuan igneous yang peka terhadap perubahan kimia dibandingkan batuan sedimen.
  • Batuan igenous wujud dalam persekitaran fizikal dan kimia yang sangat berlainan dengan keadaan di permukaan bumi.Sebaliknya, batuan sedimen memang muncul di permukaan bumi sebagai serpihan daripada batuan igneous yang cukup stabil di persekitaran permukaan bumi.
  • Ada juga batuan sedimen yang tidak stabil di permukaan bumi . Eg: batu kapur, garam batu, anhidrit dan evaporit.
  • Kandungan batuan igneous ada yang bersifat asid dan bes, kandungan yang bersifat bes lebih cepat mengalami luluhawa kimia kerana ia mengandungi silikat yang bersebatian dengan kalsium, besi dan mangnesium.Silikat ini lebih mudah mengalami tindakan kimia.
  • jika kedua-dua jenis batuan igneous didapati hadir bersama, maka, batuan yang berbes membentuk lekuk sedangkan topografi yang menonjol ditunjukkan oleh batuan asid.
Peranan Iklim
  • Kawasan tropika lembap yang kurang luluhawa fizikal tetapi tinggi luluhawa kimia kerana kehadiran air dan suhu yang tinggi.
  • Kawasan kering , luluhawa fizikal lebih tinggi.
  • Tindakan fros berlaku jika adanya penukaran suhu yang membolehkan air untuk membeku.
  • Penukaran suhu biasanya berlaku di kemuncak gunung tinggi , kawasan sejuk, kawasan tropika.
  • Iklim gurun/separa gurun - perubahan suhu yang besar.-siang amat panas, malam sejuk kerana tiada awan yang menahan pancaran haba.Hal ini, menyebabkan pengembangan dan pengecutan berlaku, tegasan dan terikan dapat memecahkan batuan.
Tumbuhan
  1. kehadiran tumbuhan mengurangkan luluhawa fizikal. eg:akar tumbuhan yang menahan lapisan tanah daripada bergerak.
  2. namun, tindakan tumbuhan menghasilkan asid humus yang bertindak sebagai luluhawa kimia ke atas batuan.

1 comment:

  1. Casino at Mohegan Sun | Mapyro
    Casino 포항 출장마사지 at Mohegan Sun is located in Uncasville, Connecticut, 김천 출장샵 United States 나비효과 and is open 의왕 출장안마 daily 24 김포 출장샵 hours. The casino features more than 2,200 slots,

    ReplyDelete