Tuesday 22 November 2011

Faktor yang mempengaruhi Luluhawa

  1. Struktur batuan
  2. kandungan batuan
  3. iklim
  4. topografi
  5. tumbuhan
Struktur batuan
  • batuan yang mengandungi banyak retakan akan terluluhawa lebih pantas berbanding dengan batuan sejenis yang kurang bilangan retakannya.
  • Kehadiran retakan memberi permukaan yang lebih luas untuk proses luluhawa berlaku.
  • retakan dapat memudahkan air untuk memasuki dan meresap ke dalam badan batuan.
  • Satah perlapisan memudahkan lagi laluan air. eg: lapisan yang condong dan tegak lebih mudah dimasuki air berbanding dengan lapisan yang mendatar.
Kandungan batuan
  • Batuan yang berbeza cara pembentukannya mempengaruhi kadar luluhawa untuk berlaku .Eg: batuan igneous yang peka terhadap perubahan kimia dibandingkan batuan sedimen.
  • Batuan igenous wujud dalam persekitaran fizikal dan kimia yang sangat berlainan dengan keadaan di permukaan bumi.Sebaliknya, batuan sedimen memang muncul di permukaan bumi sebagai serpihan daripada batuan igneous yang cukup stabil di persekitaran permukaan bumi.
  • Ada juga batuan sedimen yang tidak stabil di permukaan bumi . Eg: batu kapur, garam batu, anhidrit dan evaporit.
  • Kandungan batuan igneous ada yang bersifat asid dan bes, kandungan yang bersifat bes lebih cepat mengalami luluhawa kimia kerana ia mengandungi silikat yang bersebatian dengan kalsium, besi dan mangnesium.Silikat ini lebih mudah mengalami tindakan kimia.
  • jika kedua-dua jenis batuan igneous didapati hadir bersama, maka, batuan yang berbes membentuk lekuk sedangkan topografi yang menonjol ditunjukkan oleh batuan asid.
Peranan Iklim
  • Kawasan tropika lembap yang kurang luluhawa fizikal tetapi tinggi luluhawa kimia kerana kehadiran air dan suhu yang tinggi.
  • Kawasan kering , luluhawa fizikal lebih tinggi.
  • Tindakan fros berlaku jika adanya penukaran suhu yang membolehkan air untuk membeku.
  • Penukaran suhu biasanya berlaku di kemuncak gunung tinggi , kawasan sejuk, kawasan tropika.
  • Iklim gurun/separa gurun - perubahan suhu yang besar.-siang amat panas, malam sejuk kerana tiada awan yang menahan pancaran haba.Hal ini, menyebabkan pengembangan dan pengecutan berlaku, tegasan dan terikan dapat memecahkan batuan.
Tumbuhan
  1. kehadiran tumbuhan mengurangkan luluhawa fizikal. eg:akar tumbuhan yang menahan lapisan tanah daripada bergerak.
  2. namun, tindakan tumbuhan menghasilkan asid humus yang bertindak sebagai luluhawa kimia ke atas batuan.

Morfologi Pemendapan Sungai

Beting

  1. Permatang terdiri daripada sedimen seperti pasir dan gravel yang dimendapkan di bahagian tengah atau sepanjang sungai.
  2. Pemendapan beting berlaku apabila halaju atau luahan sungai berkurang.
  3. Braided stream - bars split main channel into many smaller channels, greatly widening the stream.
Permatang













Meander
  1. Sungai dengan lengkuk yang berkelok-kelok.
  2. Point bars -Penimbunan pada lengkuk dalaman.
Meander

















Dataran Banjir
  • kawasan dikedua-dua buah sungai yang terdiri dari sedimen yang dibawa oleh banjir.
  • teres sungai - terbentuk bila hakisan menegak ke dalam menyebabkan penurunan aras dasar yang menhasilkan teres mendapan yang terdiri dari saki baki mendapan dataran banjir.
  • natural levee - low ridges of flood deposited sediment that form either site of stream channel and thin away from the channel.
Teres Sungai






















Delta
  • Sungai mengalir ke kawasan air tenang(tasik/laut) dan memendapkan sedimen disebabkan halaju air berkurang
  • 3 jenis - wave ( nile delta ), tide ( ganges delta ) , stream ( mississippi river delta ) 
Kipas Aluvium/Alluvial Fans
  • Berbentuk kipas besar atau berbentuk kon longgokan sedimen yang membentuk di mana halaju aliran menurun ( perlahan ) kerana ia muncul pada ngarai gunung yang sempit ke dataran yang rata.
  • aliran yang tidak sampai ke mana-mana permukaan air yang lain di kawasan kering.
  • material kasar berdekatan gunung, lebih halus material itu lebih jauh.
Alluvial fans
Alluvial fans

Sungai

Sungai adalah jasad berair di dalam alur yang mengalir menuruni cerun di bawah pengaruh graviti

 
Aliran Sungai

(Kepentingan Sungai)
-kitaran hidrologi ~bawa air dari darat ke laut
-medium pengangkut untuk bahan pembentuk batuan sedimen
-bawa ion terlarut hasil luluhawa kimia
-punca utama air & pengangkutan utk manusia
-membentuk morfologi daratan-sebahagian dari proses hakisan






     Pola Saliran Sungai

  1. -Dendrit ~berlaku pada batuan yang terhakis sekata
  2. -Radial ~pada gunung
  3. -Rectangular ~mengalir melalui retakan 90" pd batuan
  4. -Trellis ~Sungai yang selari bersambung dengan anak sungai secara bersudut pada kawasan yang terdiri batuan keras dan batuan lembut.















Faktor yang mempengaruhi hakisan & pemendapan sungai

  1. halaju sungai - dikawal oleh gradien dan bentuk sungai  
  2. luahan sungai (discharge)
Halaju sungai-jarak air mengalir per unit masa
Halaju adalah faktor penting bagi sungai untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan sedimen.

Bentuk Sungai
  • Semakin ke hilir, kelebaran dan kedalaman sungai bertambah - kerana luahan sungai bertambah
  • Bahagian sungai paling dalam ialah kawasan halaju yang tertinggi
Luahan Sungai
  • Jumlah air yang mengalir ada satu titik per masa
  • Luahan sungai = luas keratan rentas x halaju
  • Q(m^3/saat)=A(m^2) x V(m/saat)
  • Luahan bertambah bila menghampiri sungai
  • Semasa banjir luahan dan halaju bertambah disebabkan hujan lebat
Hakisan Sungai
  • Hydraulic action - ability to flowing water to pick up and move rock and sediment.
  • Solution - rock that are dissolved by water
  • Abrasion - grinding away by friction and impact of sediment load
Perekembangan Pandangan Darat Akibat Hakisan Air/Kitaran Fluvius
  • Permukaan darat yang rata - air hujan mengalir melalui permukaan luas(sheetwash) menuruni cerun.
  • Aliran air tertumpu pada bahagian berlekuk - kederasan aliran menghakis lebih kuat- hasilkan alur >parit >lembah
  • Perkembangan saliran melalui 3 peringkat ~ muda, dewasa , tua. = kitaran fluvius(konsep perkembangan pandangan darat oleh hakisan air secara berperingkat)
Pelebaran Lembah
-Cerun lembah terdedah kepada luluhawa dan proses penghuraian serta pereputan melemahkan ikatan antara butiran dalam batuan.Aliran sheetwash pada cerun lembah menghanyutkan bahan yang terluluhawa.
-hakisan pada kaki tebing lembah menghilangkan penahan bagi bahagian tebing lebih tinggi.
-susutan darat bersama hujan melebarkan lembah.
-pembuatan alur dan parit pada tebing mengorek ke dalam batuan yang membentuk tebing lembah.
-kecuraman cerun lembah : kecuraman yang besar menyebabkan lapisan terluluhawa sentiasa hanyut semasa hujan atau runtuh akibat graviti.


Pendalaman Lembah

  • Tindakan hidraulik - ability of flowing water to pick up & move rock and sediment.
  • lelasan atau hakisan ke atas dasar lembah
  • penggerudian oleh bahan yang mengalami pengangkutan ke atas dasar lembah menghasilkan lubang.
  • tindakan kimia ke atas batuan lembah
  • tindakan luluhawa ke atas batuan lembah di mana air mengisi lembah mengikut musim sahaja.
Pemanjangan Lembah
  1. Hakisan ke arah hulu di bahagian hujung lembah menambah pemanjangan lembah.
  2. Di bahagian tengah dan hilir , lembah dengan sungainya membentuk meander.           (meander = aliran sungai yang berkelok-kelok)
Keratan rentas lembah
  • Lembah bentuk simetri - dua-dua tebing berkecerunan sama.Terdapat segmen sungai lurus atau sungai yang telah menghakis lebih dalam kerana aras dasar menurun secara relatif
  • Lembah tidak simetri - tebing curam pada luar kelokan lembah, lapisan sedimen miring, kawasan sesar : lapisan keras berdampingan dengan lapisan lembut.